SNS Wedding Gallery & SPA

SNS Wedding Gallery & SPA
Semoga ALLAH Rahmati Perkahwinan Anda

Friday, June 14, 2013

GULINGKAN PM NAJIB



Demi survival bangsa Melayu, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak harus digulingkan oleh ahli UMNO pada Pemilihan Agung UMNO kelak.

Kita akui beliau adalah seorang Perdana Menteri yang baik dan mempunyai visi yang hebat, namun beliau gagal sebagai Presiden BN. Walaupun kerusi UMNO meningkat kepada 88 kerusi, tetapi sebagai Parti Kemudi kepada MCA, MIC dan Gerakan, UMNO harus berkongsi tanggungjawab kekalahan teruk MCA dan Gerakan.

Dengan segala jentera Kerajaan dan Parti berada di bawahnya, beliau gagal menghidu tsunami Cina dan penolakan pengundi muda. Bukan itu sahaja, kini masyarakat Cina kian agresif memusuhi Kerajaan khususnya dan Melayu amnya.

Realitinya, sebagai rakyat marhaen kita sudah lama mendengar keluhan Peruncit Cina akan ancaman Kedai Rakyat 1Malaysia keatas perniagaan mereka, kita sudah tahu lama masalah ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan, kita maklum akan miskin Bandar yang tinggi tetapi tidak layak pula untuk bantuan BR1M dan sebagainya, kita sedar betapa masyarakat Cina mementingkan pendidikan khususnya Sekolah Cina yang mereka anggap sebagai nadi identiti keCinaan mereka, kita khatam akan permainan politik sempit satu kaum DAP, kita keliru peranan Datin Sri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan semua ini hanya menunjuk kepada satu petunjuk, CINA TIDAK AKAN UNDI BN. 

Malangnya, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mampu menghidunya, jauh sekali mengambil sebarang langkah pencegahan, pengawalan malah beliau langsung tidak bersedia menghadapi kemungkinan. Lebih malang, reaksi terkejut Perdana Menteri gagal disembunyikan pada malam kemenangan PRU 13.

Keputusan PRU 13 memberi  Gred F atau gagal teruk kepada Gagasan 1Malaysia. G1M patut dibubarkan sahaja dan layak ditukar nama kepada 1MESS atau 1Malaysia Melayu Syok Sendiri. Ini kerana hanya Melayu sahaja bersorak menyokong 1Malaysia tetapi kaum lain tidak endah pun melainkan yang mendatangkan keuntungan pada mereka.

Jika Perdana Menteri di KPI, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya tetapi sebagai Presiden BN dan UMNO beliau gagal. Gagal kerana dalam muafakat BN, semua Ketua Parti menjaga masalah kaum dan agama masing-masing, dan sebagai Ketua Parti Melayu, beliau gagal memperjuangkan Melayu. Buktinya, bila Bukan Melayu berhimpun, menghina Bendera, Lagu dan Raja serta menghina Nabi SAW tiada tindakan diambil, tetapi jika Melayu yang buat demikian pasti akan dihukum "pancung" dengan serta merta.

Jika UMNO di KPI, UMNO lulus tipis itupun kerana pengundi atas pagar mengundi UMNO bukan kerana sukakan UMNO tetapi kerana tidak suka PR. UMNO sebenarnya tidak pernah berubah dan tidak akan berubah, diakar umbi kebanyakan Ketua Cawangan UMNO diketuai oleh orang gila kuasa yang sama sejak 20 tahun lepas dan mereka rata-rata berusia 50 tahun keatas dan hanya berkelulusan SPM.

Syukurlah, UMNO dipilih sebagai Kerajaan baru dengan menang 88 kerusi, tapi parti tunjang Melayu itu tidak boleh bergembira kerana selepas PRU 13, Melayu sedang diperangi. 

Serangan dari luar dan dalam kelompok Melayu dengan dibantu golongan elitis Melayu. Melayu diserang kerana ada Parti mahu merampas segala baki hak istimewa Melayu. Melayu diserang untuk dihilangkan identiti kesopanan dan kesusilaan. Melayu diserang untuk merendahkan nilai hidup dan secara tidak langsung melonggarkan pegangan akidah, akhlak dan keimanan mereka.

Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia yang tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Penyerang ini tahu untuk memerangi Islam mereka harus melemahkan Melayu dengan apa jua cara termasuk menghakis keMelayuan dan mengadu domba sesame Melayu. Persoalannya, apakah rancangan, tindakan dan persediaan PM sebagai Ketua Kaum Melayu dan Islam di Malaysia?  

Saya menghadiri Wacana & Post Mortem PRU 13 anjuran alumni UiTM dan GPMS. Saya menjadi saksi kenyataan bekas Hakim Negara. Saya turut berkongsi dengan puluhan peserta yang beratur berebut “microphone” dan apabila diberi peluang mereka berucap dengan sungguh berapi. Walaupun emosi mengendali akal, namun ada benar kata dan kecewa mereka. Kecewa, kerana Presiden UMNO bukan sahaja gagal memperjuangkan Melayu tetapi juga gagal bertegas dan tunduk pada suara kaum lain.

Dalam wacana itu, seorang peserta bertanya dan kami tertanya dimana Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah menunjukkan kekecewaannya terhadap kaum Cina yang ditatang dengan penuh kasih sayang, malah lebih dari sayang dari kaumnya Melayu sendiri, maka apakah tindakan PM selepas ini? 

Apakah PM masih akan menghulurkan bantuan ratusan juta kepada Sekolah Cina? Selepas ISA dihapuskan, apakah PM mahu menghapuskan lesen senjata agar kongsi gelap Cina dapat hidup tenteram?

Ditanya kepada saya, apakah PM berani bertegas terhadap pelaku jenayah dan penghasut seperti Namewee, dan terkini peserta Black 505 yang majoritinya Cina?

Jawapan saya TIDAK! PM tidak akan berani mengambil tindakan keatas kaum Cina langsung.

Sebenarnya, Melayu bukan minta PM jentik pun orang Cina, Melayu Cuma minta PM memberi kebebasan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan keatas mana-mana pihak yang mengingkari Rukun Negar yakni Tuhan, Raja, Negara, Perlembagaan, Undang-undang dan kesopanan. Jika Cina mahu boikot Melayu, mahu jual mahal kepada Melayu, mahu beli barangan Cina, mahu menggaji pekerja Cina, mahu perhebat diskriminasi atas Melayu, percayalah, kami orang Melayu beragama Islam yakin pada rezeki Allah, Allah yang beri kita makan bukan Cina ataupun Najib, Melayu tidak khuatir tetapi kami pinta agar kaum lain belajar menghormati hak-hak Melayu seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Negara.

Kesimpulannya Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga elitis yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Lim Goh Tong atau secara tepatnya Genting justeru beliau kurang Melayu.

PM kita lebih Malaysia, malah mungkin lebih bukan Melayu dari setengah bukan Melayu. Ini dibuktikan melalui kenyataan terbaru adiknya, Dato Sri Nazir Razak yang membela Azran Rani Osman. Kenyataan Azran Rani Osman tidak salah kerana ia merupakan hak asas manusia yakni hak bersuara. Tapi yang salahnya bila Azran seperti pendokong partisan dan pejuang kebebasan bersuara pelampau yang lain terlupa, Utusan juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan dan dimiliki mereka.

Bagi yang matang, mereka maklum kebebasan bersuara pakej dengan kebebasan mendengar kerana bila kita bebas bersuara kita tidak menutup telinga kita. Maka jelaslah bahawa golongan yang memperjuangkan kebebasan bersuara hanya  mahu mendengar  perkara yang mereka suka sahaja.  

Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka tidak suka dengar, mereka akan kecam rasis, kampung, radikal agama, ortodoks, sakai, bodoh dan pelbagai lagi. Bagi golongan elitis yang mempunyai kuasa, mereka bertindak seperti kanak-kanak dan mengugut.

Bila ada pihak bersuara perkara yang mereka suka dengar, maka mereka puji dan puja moden, hebat, pemikiran terbuka, hak kebebasan, globalisasi, bijak, pandai dan sebagainya.

Tenyatalah,adik dan abang datang dari acuan yang sama. Malang buat UMNO kerana mempunyai Presiden yang tidak memperjuangkan bangsanya sendiri. Sekurangnya, meletakkan agenda “Malay First”, "Malaysian Second" samada melalui tindakan sahaja atau tindakan dan ikrar. Semua Presiden UMNO termasuk pengasas UMNO mempunyai semangat Melayu dan Islam yang tebal seperti penentangan Malayan Union, DEB, Ultra Malay dan banyak lagi. 

UMNO memerlukan ketua dan Presiden yang kuat semangat dan jiwa Melayunya. Kegemarannya belacan, makannya bersila, pilihan menantunya Melayu, malah ia tidur dan kentut pun bau Melayu. Perjuangan Melayunya sehingga semua anaknya sekolah di Malaysia, jantungnya dibedah pakar bedah Melayu, kawan Cina dia seorang bermatian di Palestin, seorang lagi billionair yang ada misai macam Melayu.

Percayalah, UMNO tidak boleh lagi memberi kepercayaan kepada  Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana BN bergantung kepada UMNO sebagai pengemudi dan Malaysia memerlukan BN. 

Pada Ahli UMNO yang akan mencalon dan mengundi Presiden UMNO, pesan saya, Ini Kalilah!!!

Saya banyak menulis meminta ahli UMNO jangan undi UMNO pada PRU 12, dan pelbagai lagi kecaman pada Perdana Menteri ketika itu. Saya mengaku salah dan bersedia dipecat apabila sama-sama Tun Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Kini, saya menyeru orang Melayu untuk kembali memperkuatkan diri, memilih Presiden UMNO Melayu sejati, dan pecatlah saya sebagai ahli UMNO.

Maafkan saya....saya pernah berjanji untuk bersara politik. Saya sudah bersara politik kerana jemu dengan sikap UMNO khususnya dan Melayu amnya. Ini adalah artikel politik penutup saya dan saya bersedia dipecat UMNO.

Thursday, June 13, 2013

Poligami atau Polizina?


Kaum ibu pasti bergegar jiwa membaca tajuk ini iaitu poligami atau polizina? 

Malangnya ia bukan pilihan untuk kaum ibu pilih, tetapi ia sudah menjadi amalan kebanyakan suami, ada yang ketahuan dan ada yang tidak.
 

Dewasa ini kita dikejutkan dengan berita Fathul Bari, Azhar Idrus berpoligami, dan terkini Ashraf Muslim yang mahu kahwin lagi satu selepas bernikah 2 tahun lalu.

Kita sering ditanya oleh sahabat Bukan Islam dan juga kaum wanita Islam kenapa orang yang Islam semakin mendalami agama semakin cenderung untuk berpoligami.

Jawapan dia mudah, semua manusia ada masalah seks baik lelaki atau perempuan. Malangnya, lelaki poligami ini tidak gentle dan sering menggunakan hujah ia sunnah Rasulullah SAW sedangkan Nabi Muhammad SAW berpoligami bukan kerana masalah seks.

Hakikatnya, semua manusia mempunyai masalah seks, bezanya bagaimana kita menghadapi masalah itu, samada mencari penyelesaian atau lari dari masalah itu dengan menerima, menyembunyi dan cuba hidup dengannya.

Ada yang isteri gigit bantal ada suami gigit katil. Semuanya kerana orang Islam dan Melayu malu bila berbicara tentang seks. Akibatnya, perasaan terpendam itu terus dipendam dan secara tidak sedar kita mula tidak “adventure” dengan pasangan kita.

Seks juga berkaitan dengan faktor umur. Menurut kajian, lelaki bertambah keperluan seks selepas antara usia 30 tahun hingga 50 tahun. Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mengakibatkan sindrom kemiangan dan berlarutan antara usia 50 tahun hingga 70 tahun.

Sebaliknya, wanita pula akan tidak perlu langsung kepada seks pada usia 40 hingga 6o tahun. Pada usia 30 tahun hingga 40 tahun, mereka perlu tetapi meletakkan anak-anak sebagai agenda utama keluarga.
Dengan ini jelaslah, pengurusan seks adalah kunci kepada poligami.

Pada yang bukan Islam, khususnya orang Cina mereka tidak boleh berkahwin lebih dari satu. Namun, seperti lelaki Islam, mereka juga berhadapan dengan masalah seks dan dari 10 kenalan Cina saya, 9 dari mereka ada hubungan, skandal dan melanggan pelacur.

YA!!! ZINA!!!

Pada zaman kiblat duniawi ini, jika suami anda tidak poligami mereka pasti polizina. Dari 10 kenalan Melayu-Islam saya, 8 dari mereka mengamalkan polizina, 1 mengamalkan poligami dan 1 lagi berjaya selesai masalah seks dan gembira dengan isteri.

ALLAH SWT Tuhan Maha Agung arif sifat cela manusia yang punya nafsu maka ALLAH benarkan umat Islam poligami sehingga 4 orang. Tujuannya jelas, bagi menjaga hak kaum wanita dan zuriat yang bakal lahir jika polizina diamalkan. Allah melarang manusia mengamalkan waima sekalipun ini pula poli  zina dan menyediakan hukuman berat kepada lelaki yang melakukan zina iaitu Neraka Jahanam.

Justeru, kaum isteri harus berusaha meningkatkan usaha, mood dan pengetahuan dalam bidang melayan suami agar keperluan seks mereka dipenuhi dengan benar, terang, jelas dan jujur. Bukan demi anak-anak, demi menjaga hati, demi kelesuan bekerja dan sebagainya dijadikan alasan, maka rungutan dalam jiwa tetap didengari Allah dan Syaitan, lalu dua pilihan akan mendekati(approaching), poligami dari Allah atau zina dari Syaitan.

Saya memuji lelaki yang mengamalkan dan poligami dan menghina lelaki yang mengamalkan polizina.

Isteri harus memuji suami yang mengamalkan poligami dan menghina suami yang mengamalkan zina walaupun sekali, lebih baik lagi jika isteri berusaha memastikan suami tidak berzina dan tidak berpoligami tetapi dicukupkan keperluan batin mereka.

Bagi Pihak UncleSeeker Patik Sembah Rayu Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Johor

Ampun Tuanku,

Ada kiranya patik pacal yang hina berbanding darajat dunia Tuanku mohon agar Tuanku memaafkan kelampauan patik.

Patik mengikuti rapat kisah Uncleseekers dari mula pendedahannya, hinggalah ke berita penangkapannya dan sejak dari hari itu, tiada lagi khabar berita malah Blognya juga sudah dipadam.

Patik tidak pernah bersua dengan Uncle Seekers dan sememangnya tidak suka kepadanya khususnya bagaimana beliau menjatuhkan maruah Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahudin melalui Permaisuri Siti Aishah.

Namun, sebagai hamba yang sama tara dengan Tuanku disisi Allah melainkan iman yang membezakan, patik hanya berminat dengan ajaran Islam bahawa kebenaran harus ditegakkan.

Dengan takdir Allah pada awal bulan Mei 2013 lebih 6 bulan selepas Uncle Seekers hilang selepas dibebaskan polis, ALLAH telah menentukan takdir patik bersua dengannya di Pasar Sri Ternak, Pasar Borong Selayang, Selangor.

Beliau ditemani oleh seorang lelaki berkulit mamak dan patik pasti lelaki tersebut adalah seorang polis paling rendah berpangkat ASP.

Patik kaya pengalaman dengan polis dan sudah memasuki semua balai Polis di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, separuh Balai Polis di Perak, Kedah dan Penang, kerana patik bekerja sebagai jurutera komputer sokongan pada Sistem Laporan Polis.

Patik tidak boleh tidak mengenalpasti individu berkenaan sebagai seorang polis.

Apakah ini bermakna UncleSeekers dikenakan "tahanan rumah" atau "tahanan terhad".

Beliau sememangnya layak dihukum atas keceluparannya pada Permaisuri Siti Aishah, tetapi pada Tuanku Sultan Johor adalah kiranya beliau tidak layak dihukum kerana apa yang dikatakan oleh beliau mengenai Sultan Johor adalah bohong semata.

Oleh kerana beliau berbohong mengenai Tuanku dan Keluarga Sultan Johor, tindakan "memenjarakan" beliau hanya memberi kelebihan kepadanya dan orang mula percaya pada fantasinya. Patik tidak kata, tetapi orang lain berkata-kata khususnya rakyat Johor.

Patik pacal hina ini maklum Tuanku seorang pemaaf dan berjiwa rakyat akan membebaskan beliau, dan Tuanku percaya dan yakin pihak yang benar pasti akan menang.

Dengan kebaikan dan kebenaran Tuanku Sultan Johor, tiada siapa mahu percaya kepada UncleSeekers lagi malah patik percaya beliau sudahpun bertaubat dan tidak akan berbohong mengenai keluarga Sultan Johor lagi.

Hingga akhir, salam daulat Tuanku. Salam Kebenaran.

Semoga Allah dan Akhirat Mengadili kebaikan Tuanku. Mudah-mudahan.

Thursday, June 6, 2013

JANGAN BOIKOT TETAPI SOKONGLAH

Antara sebab saya bersara dari menulis dan memberi pendapat mengenai politik yang saya minat sejak kecil adalah kerana "nilai intelektual" dan "tahap kesedaran" orang Melayu yang menakjubkan dan “amazing”.

Bukan perlu 100 orangpun, tapi mahu mendapatkan 3 orang Melayu bersatu dan bersetuju atas satu perkara yang sama adalah perkara yang paling mustahil kerana ramai kita meletakkan agenda diri sendiri diatas agenda agama dan bangsa apatah lagi nasional, jauh sekali dunia. Tidak percaya?? Berapa ramai antara kita menggunakan Kereta Tanpa Aircond bagi melindungi lapisan ozon????? Malahan, kita boleh didapati 2 orang Melayu sepakat dan seia setuju itupun kerana adanya ikatan suami isteri yang dipandu Al-Quran.


Kemuncak kepada kekecewaan saya pada diri sendiri dan malu menjadi orang Islam Melayu adalah kalimah ALLAH. Kita tidak mampu untuk sepakat menyokong kalimah ALLAH boleh digunakan atau tidak boleh digunakan. ALLAH YANG MAHA BESAR yang telah memberi kita segalanya, waima kita berdiri pun bukan atas keupayaan diri melainkan kehendak ilahi yang bernama ALLAH… Itu pun kita tidak mampu sepakat?

Sebelum PRU 13 banyak blog, Tweeter dan Facebook yang menyeru kaum Cina memboikot Roti Gardenia dan semua jenis perniagaan Bilionair Melayu. Malahan, MP Tony Pua turut mengecam Syed Mokhtar di Parlimen.

Sejak dari kempen Boikot Gardenia itu, tanyalah peruncit Melayu, tidak, jangan tanya kerana memang Cina tidak membeli di Kedai Runcit Melayu, tapi tanyalah pekerja Melayu di kedai runcit Cina berapa ramai orang Cina membeli roti gardenia sebelum kelahiran Massimo dan selepas kelahiran Massimo.

Pasca PRU 13, Melayu bertindak balas kerana terdorong oleh sentimen “tsunami Cina” yang digendang bertalu-talu oleh Utusan dan para bloggers Pro-UMNO. Seperti biasa Melayu tidak mahu sepakat dan ego untuk mengakui pendapat orang lain betul lebih lagi mengakui pendapat sendiri salah. Ramai Melayu yang menafikan ia tsunami Cina walaupun berbelas rapat umum Black 505 dihadiri 90% Cina yang sebelum PRU 12 tidak pernah ada Cina menyertai rapat umum. Tsunami Cina atau tidak saya tidak tahu, tetapi yang saya tahu sudah lama orang Cina menyokong perniagaan Cina, hanya mengundi calon Cina, hanya menggaji pekerja Cina, hanya menaikkan pangkat dan gaji pekerja Cina dan sebagainya. Itu saya dan sesiapa yang ada kawan Cina pun tahu.

Boikot atau sokong? Seperti 100% perihal dan kisah yang lain, 3 Melayu tidak akan sepakat dan seia bersetuju sependapat. Masing-masing merasa lebih pandai dan hebat, ego. Ada yang menyuruh boikot dan ada yang mengecam tindakan boikot ini bodoh, kerana kata mereka Melayu banyak bergantung kepada Cina untuk hidup.

JANGAN BOIKOT kerana Malaysia memerlukan Cina dan Melayu bersatu, dan saling membantu. Siapa yang membantu lebih jangan diperbesarkan kerana Melayu,Cina, India, Bumiputera Sabah dan Lain-lain adalah 5 jari tangan yang saling memerlukan. 

Tetapi SOKONGLAH PERNIAGAAN MELAYU kerana Cina sudah lama menyokong perniagaan Cina. Bukan sahaja Cina, malahan syarikat dan kilang Jepun di Malaysia hanya membeli Sistem Komputer dari FUJITSU sahaja walaupun kosnya lebih mahal, syarikat dan kilang Amerika di Malaysia hanya membeli Sistem Komputer dari DELL, HP, COMPAQ walaupun kosnya lebih mahal dengan mutu yang kurang dan begitu juga Israel, China, India dan ramai lagi.

Hanya orang Islam dan Melayu sahaja tidak menyokong perniagaan orang Melayu sama Tuhan dan Kiblat dengannya. Waima orang Melayu yang bekerja dibayar gaji oleh Melayu iaitu orang MELAYU KERAJAAN juga tidak menyokong perniagaan Melayu. Lebih teruk, penjawat Awam Malaysia yang 99% Melayu juga tidak pernah mahu menggunapakai ciptaan anak Melayu dan gemar membeli produk Amerika.

Jangan boikot barangan Cina tetapi sokonglah barangan/perkhidmatan Melayu walaupun harganya lebih mahal, walaupun mutunya kurang dari barangan/perkhidmatan bukan Melayu kerana mereka juga berbuat perkara yang sama. Lebih dari itu, membeli dan melanggan dari SAUDARA SEAGAMA adalah jihad yang dituntut oleh Allah bagi memperjuangkan agama Allah melalui ekonomi, membeli barangan dan melanggan khidmat orang Islam.

Lebih memalukan kerana malas bersusah payah mencari Tukang Gunting Islam yang kurang tapi ada, kepala yang sujud pada ALLAH dan diyakini tertulisnya kalimah Allah pun dibiarkan ditarik dan ditolak tukang gunting India, lebih teruk perempuan kafir di Salon-salon.

Jangan Boikot, tapi Sokonglah Perniagaan Orang Islam walau seburuk dan selemah manapun, mereka sujud pada Tuhan Yang Satu.

Jangan bersetuju dengan saya dan teruskan bersetuju dengan diri sendiri dan dengarlah perkara yang anda suka sahaja, tapi apabila menilai dan menghukum, jangan lupa letak diri dalam kasut orang lain, lebih lagi orang yang terjejas dan merana meraih sokongan bangsa dan saudara seagama sendiri. Saya dibesarkan dalam keluarga berniaga dari kecil, bekerja di Syarikat MNC yang dikuasai bukan Melayu, berhenti dan kini berniaga sendiri, saya memberi pandangan dari sudut peniaga Islam. 

JANGAN BOIKOT SESIAPA TETAPI SOKONGLAH ISLAM.


Tuesday, May 28, 2013

Air Asia + Tony Fernandes = Not Guilty & Service Expectation + Service Cost = Customer Problem



Simple math. Matematik mudah.

Bangsa yang maju harus tahu menilai perbezaan antara salah dan betul, dan garisan yang memisahkannya. Malaysia walaupun berstatus Negara Dunia Kelas Kedua, tapi dalam soal pemanduan, makanan percuma dan harga mahu murah, servis mahu bagus masih berada di takuk Kelas Ketiga.

Mungkin ada masih ramai antara kita yang berfikiran Kelas Pertama namun disebabkan politik, dari Kelas Pertama terus jadi Kelas kelapan belas. Semua perkara yang tidak kena dengan perjuangan mahupun kepercayaan politiknya, terus-terusan dikecam walaupun baik, jika kena dengan politiknya walaupun jahat terus dibela. SAYA MAHU MULAKAN KEMPEN SAYA ATAS POLITIK.

Saya mengecam kenyataan CEO AirAsia X, kerana mengecam Utusan tetapi dalam masa yang sama memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kekeliruan yang sama teruk dengan kekeliruan gender.

Saya membelakangi Tan Sri Rafidah yang terkenal dengan sikap lepas mulut, celupar dan berani menyatakan apa yang benar, tapi menikus dalam isu Azran kerana membabitkan periuk nasinya, soal intergriti bukan masalah, masyarakat Malaysia mudah lupa.

Pun begitu, ia tidak menghalang saya untuk menilai yang salah, tetap salah, yang betul, tetap betul.

Apa yang terjadi pada Izyan dan ramai lagi penumpang Air Asia bukan salah Air Asia mahupun Tony Fernandes sepenuhnya. Ada benarnya, Air Asia gagal menjalankan tanggungjawab memastikan Izyan selamat sampai ke Hotel, satu kesilapan atas kelebihan.

Kelebihan Air Asia adalah mengelak segala jenis caj tambahan dan tidak membayarnya langsung, serta beroperasi dengan kadar paling minimal yang mungkin.

Kelebihan Air Asia ini dilakukan sejak hari pertama ia mula beroperasi bagi menawarkan tambang murah yang memanfaatkan lebih 10,000,000 rakyat Asia Tenggara.

Kelebihan ini pasti ada kekurangannya. Sepertimana Lebuhraya PLUS yang mengenakan Tol bagi menyediakan jalan dan infrastrukur yang selesa dan selamat, pemandu mempunyai pilihan jalan lain yang tidak bertol.

Masalah utama Air Asia, PLUS, Mc Donald dan lain-lain perniagaan adalah masalah “service or product expectation” dan  “service cost”, lebih-lebih lagi dalam kes perkhidmatan murah dengan pilihan kos tersembunyi.

Yang jelas Air Asia tidak bersalah dalam memastikan semua golongan mampu terbang. Yang salah adalah penumpang yang gagal menilai nilai wang dengan mutu produk atau perkhidmatan yang dibeli.

Tidak dinafikan, kini Air Asia mempunyai banyak saingan yang juga mampu menurunkan tambang kapalterbang malah mempunyai “value added” yang lebih.

Namun, jika Air Asia tidak memulakan langkah menawarkan tambang murah dan mampu milik, tidak ada satu pun Syarikat Penerbangan yang akan berbuat demikian.

Samada kerana Kapal Terbang hanya untuk orang kaya, ataupun kerana mahu mengekalkan untung yang tinggi ataupun enggan berusaha mengurangkan caj-caj lain dari dikenakan atas penumpang, ataupun tidak mempunyai visi seperti Tony Fernandes ataupun tidak mahu mengambil risiko penerbangan dengan menawarkan kadar murah, pengguna harus bijak menimbangnya.

Air Asia menurunkan tambang dengan enggan membayar kos-kos pilihan dalam bahasa kapalterbangnya “mengurangkan caj dan menaikkan risiko” penerbangan. Air Asia kekal berjaya kerana risiko penerbangan yang menjadi pertaruhan operasinya senantiasa berjaya. Walaupun ada beberapa kejadian terbabas dan sebagainya, namun dalam penerbangan terhempas barulah dipanggil gagal.

Yang salah adalah mentaliti rakyat Malaysia yang sejak dahulu sering menyalahkan pihak lain atas kelemahan diri. Membeli risiko yang lebih dengan harga murah adalah pilihan kita sendiri, tanpa paksaan. Membeli risiko yang kurang dengan harga yang lebih juga merupakan pilihan kita sendiri. Ia adalah pengurusan risiko yang adil dan menjadi asas semua bidang perniagaan.

Rakyat Malaysia harus berubah menilai nilai wang dan kos. Ada banyak bezanya antara Berger RM 1 dengan Berger RM 10 Mc D. Masalah orang Malaysia, bayar RM 1 tapi mahu Burger RM 10.

Saya tidak membela Air Asia tetapi dalam soal Izyan saya tidak nampak kenapa Air Asia perlu dipersalahkan, jika soal lain itu diluar konteks pengetahuan saya, justeru tidak adil untuk saya komen.

Pun begitu, saya menaruh harapan tinggi agar Air Asia memandang serius status halal makanan. Dalam perniagaan, untung adalah keutamaan dan caranya samada menjual mahal ataupun menjual murah dengan mengurangkan kos. Namun, halal bukan perkara kecil, teruskan usaha Air Asia dengan menawarkan tiket murah dan pilihan surcaj, termasuk makanan yang murah, namun jika halal katakan halal, jika haram labelkan haram, jika was was labelkan tidak dijamin halal.